Sunday 8 April 2012


Makanan Pembakar Kalori, Tips Menurunkan Berat Badan

Tahukah anda, terdapat banyak jenis makanan di dapur anda yang boleh digunakan sebagai makanan pembakar kalori bagi membantu usaha anda untuk menurunkan berat badan. Ia adalah satu kelebihan untuk membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh.
Antara fungsi makanan ini adalah membantu mengimbangkan kadar gula dalam darah. Ini membantu anda untuk tidak kerap berasa lapar. Selain itu, ia juga membantu merangsang metabolisme tubuh untuk mempercepatkan pembakaran kalori. Sudah tentu faktor-faktor ini sangat membantu usaha anda untuk menurunkan berat badan.
Berikut adalah antara senarai makanan pembakar kalori yang bagus untuk anda masukkan dalam menu pemakanan harian anda.
Oren
Buah oren adalah antara buah yang mengandungi banyak vitamin C. Kajian mendapati bahawa jika tubuh kekurangan vitamin C, pembakaran kalori dan lemak menjadi lebih sukar. Vitamin C bertindak sebagai ejen antioksida yang membantu mempercepatkan pembakaran kalori dalam badan. So, amalkan makan oren setiap hari untuk mempercepatkan pembakaran kalori.
Air Putih
Mesti ada dalam rumah kan? Air putih memainkan peranan penting dalam usaha menurunkan berat badan. Minum 8 gelas air putih setiap hari. Pengambilan air yang cukup akan membantu mempercepatkan pembakaran kalori dan ia juga baik untuk kesihatan kulit selain mengelakkan dehidrasi.
Ikan
Suka makan ikan? Mereka yang makan ikan 3 atau 4 kali seminggu mempunyai tahap leptin yang tinggi berbanding yang tak makan ikan. Leptin adalah sejenis hormone yang membantu mengawal selera makan dan juga memainkan peranan untuk menurunkan berat badan. Ikan juga kaya dengan omega 3 yang membantu mengawal gula dalam darah. Oleh itu masukkan ikan dalam menu anda.
Susu
Susu adalah pembekal utama kalsium untuk keperluan tubuh. Keperluan kalsium bukan hanya untuk menguatkan tulang malah membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh (susu rendah lemak). Minumlah 2 gelas susu setiap hari.
Epal - Epal merupakan sumber pectin dan fiber yang amat diperlukan dalam diet anda. Anda juga lebih mudah kenyang hanya dengan makan epal. Kandungan 5g pektin boleh mengenyangkan anda untuk tempoh sehingga 4 jam dan boleh didapati daripada 2 biji epal.
Barli - Barli kaya dengan fiber dan karbohidrat kompleks tetapi kurang kalori. Ia membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh badan.
Kacang Hitam (Black Beans) - Merupakan makanan yang rendah kalori, mengenyangkan dan kaya dengan fiber.
Tembikai Susu Jingga (Rock Melon) -Anda pernah makan buah ni? Buah ini juga dipanggil cantaloupe di Amerika. Kaya dengan nutrient dan rendah kalori. Baik untuk kesihatan dan membantu meningkatkan imunisasi badan melawan penyakit.
Lobak Merah - Kaya dengan fiber, rendah kalori dan amat sesuai dimasukkan dalam menu pemakanan harian anda. Mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut yang merendahkan risikao pelbagai jenis kanser dan radang.
Bijirin (Cereal) - Kaya dengan fiber. Kajian mendapati mereka yang amalkan makan bijirin semasa sarapan akan makan dalam kuantiti yang sedikit semasa makan tengahari berbanding mereka yang menikmati makanan kurang fiber semasa sarapan. Bijirin membuat anda cepat kenyang dan lambat berasa lapar.
Cili Merah - kandungan capsaicin dalam cili membantu mencegah pembentukan lemak dan mengurangkan rasa lapar. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme badan untuk membakar kalori. Sebaiknya buang biji cili sebelum dimasukkan dalam masakan anda.
Fruit Smoothies = Merupakan minuman campuran buah-buahan segar yang dikisar bersama susu dan yogurt. Kaya dengan pelbagai nutrient yang terdapat dalam buah-buahan termasuk susu dan yogurt. Rendah kalori dan mampu mengenyangkan anda. Pastikan anda menggunakan susu rendah lemak.

Halia - Termasuk dalam kategori herba yang bagus dimasukkan dalam masakan anda. Membantu proses pencernaan dan pembakaran lemak.
Teh Hijau - Kajian mendapati mereka yang minum the hijau setiap hari, tubuhnya membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang minum kopi atau minuman berkafien. Amalkan minum 2 cawan setiap hari.
Bawang merah - Kandungan bawang membantu mengurangkan lemak dalam yang terkandung dalam makanan anda. Oleh itu jangan lupa masukkan bawang dalam masakan anda.
Strawberry - Kaya dengan kandungan air dan fiber serta rendah kalori. Amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet.
Tempe - Tempe diperbuat daripada kacang soya berprotein tinggi yang membantu proses menurunkan berat badan. Mengandungi 30% keperluan fiber yang disarankan untuk badan.
Rumput laut - Sayuran laut ini amat sesuai untuk mereka yang berdiet kerana kaya dengan nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh tubuh
P/s: Info dari laman http://petua-hidup-sihat.blogspot.com/2010/08/tips-menurunkan-berat-badan-senarai.html.
Air dan minuman
Air kacang soya segelas = 60 kalori
Black coffee = 3.5 kalori (tp byk kaffein pula..)
Café latte (8 oz) = 98 kalori
Air tebu segelas = 184 kalori
Teh tarik segelas = 183 kalori
Café mocha (8 oz) = 177 kaloriCapucino segelas besar 200ml = 200 kalori
Coffee ice blended = 320 kalori
Ice blended coklat segelas = 240 kalori
Jus oren 200ml 1 kotak = 110 kalori (kalu bergula laa...)
Milo secawan = 178 kalori


Snack dan kuih
Biskut susu 2 keping = 34 kalori
Kacang panggang dalam tin 2 sudu besar = 40 kalori
Kek biasa tanpa krim sepotong = 87 kaloriPopia basah seketul = 94 kalori
Emping jagung (kosong) 1/2 cwn = 80 kalori

Ais krim sehidangan = 335 kalori
Apam balik sepotong = 300 kalori
Biskut cip coklat 6 keping = 180 kalori
Biskut sayur 6 keping = 264 kalori

Bubur caca semangkuk = 300 kalori
Bubur kacang semangkuk = 100 kalori

Cekodok = 180 kaloriCheese Cake sepotong = 400 kalori
Cip coklat 24 butir = 225 kalori
Coklat sepapan 45 gm = 230 kalori
Cucur udang seketul = 144 kalori

Jagung & butter 2 cawan kecil = 358 kalori
Karipap seketul = 130 kalori
Kasui = 160 kalori
Bijirin sarapan coklat 2 cawan = 266 kalori
Kuih lapis = 130 kalori
Seri muka sepotong = 144 kaloriPasembor sepinggan = 752 kalori
Pie epal sepotong = 260 kalori
Popia goreng = 130 kalori
Puding coklat & sos vanilla 2 potong = 300 kalori
Pulut panggang 2 keping = 250 kalori
Rojak buah sepiring = 443 kalori
Sate ayam 10 cucuk = 365 kaloriSundae chocolate secawan = 380 kalori
Sup berkrim semangkuk kecil = 375 kalori
Susu coklat rendah lemak 2 kotak = 200 kalori
Susu pekat 1 sudu besar = 71 kalori
Wafer coklat sekeping= 100 kalori
Yogurt 125ml 2 cawan = 228 kalori


NasiNasi putih satu setengah cawan = 260 kalori

Nasi ayam kosong sepinggan = 300 kalori
Nasi lemak bersambal = 400 kalori
Nasi minyak kosong sepinggan = 445 kalori
Nasi Briyani = 448 kaloriNasi ayam sepinggan = 600 kaloriNasi goreng bertelur sepinggan = 635 kalori
Nasi goreng biasa sepinggan = 637 kalori
Nasi lemak ayam goreng = 644 kalori
Nasi minyak + rendang daging sepinggan = 664 kalori

Nasi briyani kambing sepinggan = 687 kalori
Nasi briyani berayam sepinggan = 880 kalori
Nasi claypot semangkuk = 898 kalori


Lauk pauk (kombinasi lauk seeloknya kurg dari 300 kalori)
Sayur campur goreng = 43 kalori

Ikan kembung gulai seekor = 85 kaloriSambal sotong setengah cawan = 55 kaloriSambal udang setengah cawan = 70 kalori

Ayam goreng kepak = 102 kaloriTaukua goreng sekeping = 110 kaloriTelur goreng sebiji = 110 kalori
Ayam goreng peha = 120 kaloriDaging lembu kari 2 kotak mancis = 130 kalori
Ikan kembung goreng seekor = 140 kalori
Ikan tenggiri goreng bercili sepotong = 142 kalori
Ayam kari seketul = 250 kalori
Ayam tandoori sepotong = 220 kalori
Sotong goreng tepung (sepinggan kecil) = 630 kalori


Noodles, pasta n others (advisable less than 400 calorie)
Bubur ayam semangkuk = 275 kalori

Bakso semangkuk = 320 kalori
Bihun sup semangkuk = 350 kalori
Mee sup semangkuk = 380 kaloriMi goreng segera sepinggan = 380 kalori

Mi wantan sepinggan = 409 kalori
Laksa Penang semangkuk = 436 kalori
Laksa kari semangkuk = 589 kaloriMee goreng kosong sepinggan = 660 kalori
Mee goreng mamak sepinggan = 660 kalori
Mee rebus sepinggan = 556 kalori
Mee/bihun goreng sepinggan = 510 kalori

Kuey teow goreng kerang sepinggan = 743 kalori
Kueyteow goreng sepinggan = 600 kalori


RotiRoti putih (kosong) 1kpg = 69.4 kalori
Sandwich sardin sepotong = 70 kalori
Roti pita sekeping = 124 kalori
Roti bakar coklat sekeping = 275 kalori
Roti canai sekeping = 301 kalori
Roti Naan sekeping = 308 kalori
Roti telur sekeping & kuah dal 1/2 mangkuk = 414 kalori
Roti telur sekeping = 356 kalori
Sandwich isi daging bakar & mayonis sepotong= 270 kalori
Capati sekeping = 300 kalori
Murtabak sekeping = 722 kalori


Fast Food
Burger keju = 317 kalori
Cheese burger with extra beef seketul = 438 kalori
Chicken grill = 142 kalori


Buah
Tembikai (sepotong) = 20 kalori
Betik (sepotong) = 45 kalori
Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
Durian (5 ulas) = 64 kalori
Limau (sebiji) = 42 kalori
Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
Nenas (sepotong) = 59 kalori
Epal (sebiji) = 63 kalori
Ciku (sebiji) = 44 kalori
Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kurma 4 biji = 92 kalori